Wednesday, August 11, 2010

Tips Menyediakan Sahur & Iftar

Semasa bulan Ramadhan, orang Islam akan mengerjakan puasa di antara waktu mentari terbit hinggalah tenggelam. Bagaimana pun, ramai di antara kita yg akan bangun di awal pagi utk menyediakan hidangan yg dipanggil Sahur. Di penghujung hari, teman dan keluarga berkumpul utk menyediakan pula hidangan yg dipanggil Iftar. Mengikut tradisi, Nabi s.a.w berbuka puasa dgn memakan seulas kurma sebelum menjamah lain-lain hidangan.

♥ Pastikan ia mudah. Memandangkan Ramadhan adalah waktu utk menyucikan diri dan menyinsafi mereka yg kurang bernasib baik, kedua sahur dan iftar seharusnya dihidangkan dgn makanan yg sederhana utk mengingatkan kita akan mereka-mereka yg terpaksa kelaparan kerana kekurangan makanan.

♥ Rancang terlebih dulu. Buat jemputan awal kepada teman atau keluarga utk menghadiri selalunya iftar. Tambahan, ingat utk menyusun jadual anda agar punya waktu yg cukup utk menyediakan hidangan sahur dan iftar.

♥ Jangkakan utk menyediakan sahur sekurang-kurangnya 2 jam sebelum imsak agar punya masa utk menikmati jamuan dgn keluarga. Sahur yg mudah haruslah sesuatu yg menarik selera kerana sukar utk makan ketika harus bangun dari tidur di tengah lena. Minuman seperti susu, teh atau kopi boleh disertakan utk memberi kesegaran tubuh dari minuman sejuk.

♥ Mulakan menyediakan hidangan utk iftar selepas solat asar. Hidangan iftar yg sederhana harus mengandungi keseimbangan kumpulan makanan yg secukupnya utk mengembalikan tenaga badan yg telah seharian berpuasa dan selalunya disertakan dgn nasi. Seperti sahur, minuman seperti susu panas, teh dan kopi adalah lebih baik dari minuman sejuk utk mengelakkan keletihan.

twitt; SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK,
TAHNIAH BUAT AFIFAH & ZAKI KRN MENYAMBUT DAMIA QAISARAH...

No comments:

Related Posts with Thumbnails