Showing posts with label Giat. Show all posts
Showing posts with label Giat. Show all posts

Thursday, August 26, 2010

BuBur LamBuk & WaJik

Seawal mggu di bulan ramadhan aku ngan geng2 membuat bubur lambuk dan wajik di area bukit changgang untuk di sedekah kan kepada penduduk di sane...

Alhamdulillah, semua telah selamat diadakan seronok jumpa kengkwn..

Monday, July 12, 2010

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepang

Alhamdulillah, termeterai sudah tanggungjawab sebagai ahli & jawatankuasa UMNO Bahagian Sepang. Aku menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepang yang telah berlangsung pada 11hb Julai, 2010 (Ahad) jam 8.00 pg - 2.00 petang di Hotel Pan Pacific, KLIA dan dihadiri seramai 450 orang perwakilan daripada Jkuasa UMNO Bahagian Sepang, Pergerakan Wanita, Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Sepang, DUN Dengkil, DUN Tanjung Sepat & Dun Sg Pelek.
YB. Dato' Seri Ir Mohd Zin Bin Mohamed, Ketua UMNo Bahagian Sepang merangkap Majlis Tertinggi UMNO Malaysia telah merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepang.
Mesyuarat pada kali ini, tidak mengambil masa yang lama dan TAHNIAH kepada perwakilan yang telah dipilih untuk ke Mesyuarat Agung UMNO Malaysia.


Tn Hj Mohd Ansor Bin Sarmidi selaku Pengerusi Tetap dan merangkap bapa mertuaku... huhuhuhu, pandai berpantun.


Bersama Perwakilan daripada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sepang

Aku (Naib Ketua Puteri UMNO), Julia (Setiausaha) & Siti (Bendahari)

Walaupun pakai spek mata hitam, alhamdulillah aku dah bahas ucapan dasar YB Dato Ketua UMNO Bahagian...





twiittt; Cip aku x da, kurang sikit semangat... huhuhuhu...

Sunday, June 27, 2010

Majlis Perasmian Bulan Perpaduan Negeri Selangor

20hb Jun, 2010 (Ahad) jam 8.00 malam di Hotel De Palma, Shah Alam JPNIN Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis Perasmian Bulan Perpaduan Negeri Selangor. Bersempena majlis ini Rukun Tetangga Taman Desa Jenderam Hilir telah dicalonkan ke Anugerah RT Cemerlang mewakili Sepang.



Bersama Puan Zanariah Bt Hj Suleiman, Pegawai JPNIN
Perasmi YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Kon

En Mohd Yunus Bin MArzuki Pengerusi KRT Taman Desa Jenderam Hilir menerima anugerah daripada YB Senator.


Alhamdulillah, berkat semua jawatankuasa KRT Taman Desa Jenderam Hilir telah menerima anugerah Rt cemerlang. Tahniah, ni lah peringkat yang paling tinggi anugerah yang aku capai dalam pengurusan sebagai Setiausaha.

Monday, October 19, 2009

PerHimpuNan AgUng PUTEri UMNO MalaYsia

13hb Oktober, 2009 (Selasa)
Setiap tahun akan diadakan Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia, so sekali lagi aku menjadi perwakilan... Tapi kali ini aku tak la sampai abis duduk dalam dewan sebab demam & selsema yang tak leh ditahan lagi...




dapat gak aku bergambar bersama Dato' Mukriz Bin Tun Mahathir, waaalllaaaaa jangan marah hubby... merah menyala lagi Dato'.... Tahniah kak Suhaila Bt Dato Zin diatas ucapan bahas... semoga kita akan dapat merampas kembali SELANGOR... Cayuk2

Thursday, September 17, 2009

Progam Sumbangan Utk Anak Yatim, Ibu Tunggal & Warga Emas






Alahai kengkwn lupa la nak masuk kan dalam blog... Program Sumbangan Untuk Anak Yatim, Ibu Tunggal & Warga Emas telah diadakan pada 13hb September, 2009 (Ahad) jam 9.00 Pagi di Kompleks Belia Sg Merab. Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Daerah Sepang yang dipengerusikan oleh YBhg Datin Fatimah Bt Isa... Aku merupakan Pengerusi WI Cawangan Taman Desa Jenderam Hilir merangkap AJK WI Daerah Sepang. Mula-mula dulu segan gak nak joint maklum la semuanyer pangkat mak kite.. Nak tak nak joint gak la sb dh dipilih oleh ahli cawangan....
WI Cawangan diminta membawa 2 orang ibu tunggal dan 3 orang anak yatim... AJK WI Daerah Sepang diminta menghulurkan sumbangan 5 kampit beras cap tak kisah... so aku beli cap JAti... ok la kan tp bila dikumpulkan mmg semua org beli cap JATi... Wallllaaaaa....

Program Kasih Ramadhan - Setulus Kasih Seikhlas Budi

Syukur Alhamdulillah, 16hb September, 2009 (Rabu) jam 5.00 petang di JM Bariani Alamanda anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sepang dengan kerjasama Eurofine (M) Sdn Bhd & JM Bariani Alamanda telah pun mengadakan Program Kasih Ramadhan - Setulus Kasih Seikhlas Budi meraikan 51 orang anak yatim dari DUN Sg Pelek, Parlimen Sepang.





Semua sibuk membantu anak-anak yatim membeli belah, aku sempat gak amik gmbr ngan artis... huhuhuhu... jgn marah kengkwn, tp perut dh tak leh diselindungkan, dlm gmbr tembam dah ni... aduyai...





Suke nyer semua orang dapat cenderamata wei, bertambah kuih raya kat umah...


Tahniah ngan Syabas diatas porgram yang telah diadakan... Terima Kasih Kepada Cik Rina (Cip Kitaorg)... Semoga business akak bertambah maju... Sodap nasi nyer....
Related Posts with Thumbnails