Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, December 27, 2010

KHAL

Alhamdulillah, arini aku dapat juga membeli KHAL, dah lama gak aku buat perhitungan nak membeli, huhuhuhu.. bukan sbb duit tp sbb khasiat nya... bila ngok member2 pun dh ada kesan, baru la aku wat keputusan nak membeli... siap aku jadi ahli sekali, murah sikit...

Arini, aku dh 2 kali la merasa... nak tggu apa akan jadi kat aku ni, sbb aku minum saffron, kesan die mula2 jek dh mual, lak tu sakit kepala, esok nye aku demam... apa2 korang nak info baca la kat web ni http://www.qurba.com.my. Sila la....

Wednesday, September 1, 2010

Istimewa Epal Hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal Hijau

Epal hijau boleh membantu mencegah:

  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Ehsan : Majalah Saji Online

Saturday, September 12, 2009

Terkujat...

Jumaat... 11hb September, 2009
Arini aku tak g keje time petang sebad WaWa demam lagi... Aku ngok bila waktu siang die ok je, main ngan aktif... Lasak die tok sah cakap la... Tapi batuk tu tak kurang lagi.. Risau ni bila die tido asyik batuk je...

Errrmmm, ade lak dua majlis dalam satu hari... Satu, buka pose kat opis hubby, dua.. buka pose ngan khatam al-quran di masjid hishamuddin, bbst anjuran majlis perbandaran sepang.. dua2 majlis aku tak g sbb badan tak larat n wawa pun belom sihat lagi... aku buka pose ngan wawa kat umah ibu mertua ku... TQ IBU...

Lepas buka, aku balik umah... WaWa pun dah nak tido, sebab makan ubat dia lalok awal... aku pun bg mikmik mcm biase.. aku pun usap la kepala anak aku, tiba2 aku rase mcm ade bengkak... lor, lg sekali kelam kabut, ajak hubby g klinik fatimah... doc kate die selalu garu kepala tu yg ade bengkak... alasan tu aku mcm tak leh nak terima sbb dh 3 kali ni bengkak blkg kepala... aritu siap ade bisul...

KebinGUngan...

Rabu... 10hb September, 09 jam 2.00 pagi...
Rasenye baru je tido, dengar je anakku menangis terjaga terus... Macam selalu kalau die nak mikmik(susu) die akan cakap nak mikmik... So aku g la wat kan.. dah abis sebotol die tido, tapi dalam setengah jam kemudian bangun lagi menangis.. tukar la pampers die... dh ok tido lagi, lak lak setengah jam bangun lagi, aku ngok jam dah pkl 3 pagi... rasa tak sedap hati, amik la termometer, letak la kat bwh ketiak die.. alamak panas dah 37.5c... aku pun macam kebingungan sbb sakit kepala sebab bangun tiba2... Lepas tu die nak mikmik lagi, so my hubby g wat kan... die tido..
4 Pagi...
Tiba-tiba WawA bangun peluk aku, sambil die peluk aku ngok die gosok hidung, darah keluar ngan banyak sekali tanpa henti, merah dan beku... aku ngan hubby kelam kabut... aku minta hubby amik ais letak kat kepala... Sepanjang darah keluar, sepanjang tu la CoMey Ibu menangis.. Risau aku tak keruan...
5 Pagi...
Lepas aku bersihkan hidung die, ComEy IbU tido... Aku ngan Hubby bersahur la... Selepas 40 minit kitaorg dh siap mengemas, WaWa bangun siap panggil AYAH... BU... Aku g ngok die, YA ALLAH aku terkejut keluar lagi darah die... Aku panik dah... Terus je wat letak ais kat kepala...
7 Pagi...
Aku ngan Hubby amik keputusan masuk opis lambat, hantar WAwa g klinik HARMoNI, DOC Fakrudin kata dalam idung kiri bengkak, hidung kanan lak luka... DOC bagi ubat surut bengkak, die minta ngok sehari klu terjadi lagi, kena g jumpa Pakar Kanak-Kanak...

twittt; ade yang kate COmEy IbU meragam sebab Tggu adik keluar... Aduyai...

Monday, June 15, 2009

SaKiT MaTa...

Salam...
Pagi ini mata gegatal lagi... So g klinik Zalfah la pulak.. Langsung la dEn ngan WaWa duduk di rumah arini.. Malu lak nak g Opis.. Pepagi siap2 sms bos ngan kak Ayu... Nasib baik bos reply "OK".. Makan Ubat lg, aduyai bila nak elok ni... Cepat la elok... Rindu lak ngan Omak dEn... Tepon je... Tak sempat nak jumpa... Al Maklum mata ku ini.... Kang BerjaNgkit LaK...
twittt;
bos, mc 2 ari tau... 15hb - 16hb jun... walaaaa...

Saturday, June 13, 2009

DuhAi MaTa...


Salam...

Mata dEn dah Gegatal Sesgt... dEn tak tahan dah ajak gak Hubby g Klinik Harmoni... Doc kate mmg musim orang sakit mata sebab cuaca jerebu... nak lg org mcm aku ngan WaWa, sensitif.... Doc kate elok datang awal senang sikit, kalau dh merah lak tu kuar byk "taik mata" susah.. So doc nasihatkan banyak minum air dan cuci mata selalu time jerebu ni... Ok doc, tqsm... Kengkwn jaga kesihatan yer...

Tuesday, June 9, 2009

Manje Ibu...



Risau dengan keadaan Wafaa Humairaa.. Bengkak mata tak surut lagi...
Ya Allah, ku mohon sembuhkan anakku Wafaa Humairaa...

Sekarang Wafaa Humairaa dah mula belajar berjalan.. Lagi 16 hari genap Wafaa Humairaa
setahun.. 25hb Jun, 2009 (Khamis)

Oh ye, kena g klinik lor pada 25hb Jun, 2009.. Nurse kate dapat hadiah birthday...
????? hanya ibu ngan nurse je yang tahu... Tunggu Wafaa Humairaa, Suprise !!!!
Related Posts with Thumbnails